Saturday, March 23, 2019

Kembara Guangzhou - Shenzhen


Assalamualaikum

Aku dan husband baru je balik dari Guangzhou..Ngah rajin ni meh le update blog yg dah bersawang ni..haha..sebab ada yg bertanya tentang itinerary aku ke sana, jadi aku merajinkan diri update blog ni ha..

Tiket aku ke Guangzhou pada 16 March 2018, pukul 8.10pm..kami pergi berdua je, anak2 tinggal ngan atok & neneknya..bukan tak nak bawa anak2, masa aku nak beli tiket dulu, mak aku yg bermatian tak bagi bawa cucu2 die..takut aku tak jaga anak betul2..haha

Kami gerak ke KLIA2 dari Seremban menaiki Komuter, berhenti kat Stesen Batang Benar Nilai, dari situ aku ambil Grab..charged RM 35..kalau naik grab dr Seremban RM 85..kedekut kn..haha...eh, selagi boleh jimat ;P

kami smpai awal, so lepak makan2 dulu kat sana..


nak dijadikan cerita, masa pergi tu aku tak bapa sihat, tekak sakit, dada sakit , batuk..sadissss
mujur la ada Essential Oils, mmg aku bawa bekalan EO yg blh guna utk respiratory problem

Peneman setia sepanjang di Guangzhou




ready to flyyyy

yey da sampai!!

kami touch down Baiyun Airport Guangzhou pada jam 12am..awal setengah jam..cuaca elok malam tu, smooth je masa dlm flight..cecah kaki kat airport je, aku terus rasa kaki crammed..sejuk! masalah org yg tahan sejuk mcm ni la..time tu jacket sume dalam luggage..menahan je la..



kat sini, pemeriksaan imigresen, kena scan jari..time aku ntah apa hal, mcm mesin tu takleh detect je..cuak gak..haha..lepas da settle amek luggage sume, kami cari port nak membuta! malam tu mmg kami jadi gelandangan je tidur kat Airport, sbb pagi2 buta sok terus nak ke Shenzhen..kat sini metro gerak start jam 6am..

Sebelum tido, kt selfie dulu..da pakai jacket tebal pon still sejuk gilak!


macam ni la gaya kami tido! tp tu bukan aku;P

Pengalaman tido kat airport, dgn suhu yg sejuk gilak, baring kat kerusi, adoi rasa nak patah pinggang wey..dada aku sakit gila, tekak sakit dan perit..rasa nak menangis wey..huhu..kol 5 pagi bangun wat milo ngan makan maggi..sbb kol 6pg terus nak naik metro ke Guangzhou South Railway Station, nak naik Bullet Train ke Shenzhen lak

bila time sejuk, lapar, maggie ni ko rasa lazat sangat la!



6 am, ready to go, walaupon time ni rasa ngantuk bangat!

Bermula la episod kami turun naik train selepas ni..sebelum naik train, kami singgah 7 Eleven dulu untuk beli "Yang Cheng Tong"..ala, mcm metro card, harga dia 95 Yuan, credit boleh guna 50 Yuan..sebenarnya aku musykil gak, dari blog2 yg aku baca sebelum ni, diorang beli dapat card, dengan harga 88 yuan je, time aku bukan dlm bentuk card, mcm keychain gitu, harga pon lg mahal..confuse sat, tp kerana masalah bahasa, aku tanya byk2 pon tukang jual tu xpaham..lantakkn je la,,bayar je..YCT ni boleh guna kat Guangzhou je, kat Shenzhen aku guna token je..



kalau korang ddk lama , better beli ni je, xbuang masa nak pi beli token kat auto machine setiap kali nak naik train..mcm aku , balik ada balance dlm 8 yuan lg..aku kat guangzhou 2hri je..kalau guna YCT ni tambang train murah sikit..


bersambung....

Monday, February 18, 2019

Aku dan Starter Kit Young Living

Aku bercita2 untuk menggunakan Essential Oils dah lama.. Tapi mengenangkan harganya yg mahal, pendam je la dulu.. Try la guna oils kat h*n*de.. Letak kat bekas clay dan panas kn guna lilin, bila bekas tu panas, naik la bau wangi.. Tak de ilmu lagi masa tu, yg penting pikir nak wangi, tak fikir yg dihidu setiap hari tu bahaya😣masa tu aku fikir yg aku guna tu adalah Essential Oils juga!

Sehinggalah post2 dari Aqilah lalu kat newsfeed tentang Essential Oils Young Living, study la sikit2 tentang Essential Oils ni..baru la tau selama ni yg aku guna tu bukan EO!

Ingat lagi, 1st October 2017, pagi2 time smpai opis, nmpk posting Aqilah, ada buat promo Premium Starter Kit sempena bulan hari lahirnya , dah la masa tu dalam meeting😏, terus aku WhatsApp Aqilah nak beli Premium Starter Kit , kebetulan gaji baru masuk pagi tu 😆

Bila dah terima PSK, paling best sebab ada diffuser! Bermula la episod mak minyak yg sentiasa mengusung EO dan Diffuser apabila travel😉

Yg bestnya,dew drop diffuser tu byk berjasa selama setahun lebih kepada kami sekeluarga ,bukan takat utk bagi kami tenang, ia juga menggantikan ubat nyamuk apabila kami pulang ke kampung!

1st time aku gunakan diffuser utk tidur malam masa kat kampung, diffuse EO Lemongrass.. Sebab ramai kata nyamuk tak suke bau lemongrass, tapi yg pelik, lepas je diffuse, banyak nyamuk dok hurung dew drop diffuser tu😂 ko dah kenapa nyamuk?? Tak pernah jumpa diffuser mungkin😆

Amazingly, 1st time tido mlm kami di kampung tak di ganggu nyamuk walaupon kami tak pasang ubat nyamuk dan tak spray bilik dengan ridsect sebelum tidur.. Hanya bertemankan dew drop yg setia menghembuskan EO Lemongrass selama 4jam tanpa jemu

Bangun pagi, anakku nayli tegur,

"ibu, kenapa banyak nyamuk baring kat lantai ni?"

Aku pon nengok, YA Allah! nyamuk2 tu terdampar di lantai berdekatan dengan tempat dew drop diffuser 😂 semua dah innalillah

Innalillah~

Aku suspect, nyamuk2 tu overdose hidu EO Lemongrass la tuuu🤣

Dew Drop Diffuser yg byk jasa~


Sampai sekarang, bila balik kampung, kami tak risau lagi da dgn nyamuk yg mengganas, diffuse EO Purification atau Lemongrass, inshaAllah settle problem 😍


Kalau ada yang berminat nak dapatkan Premium Starter Kit..boleh lah contact aku ye..
Aku consult korang mcm mana nak maximise kan penggunaan EO ni..Once beli Premium Starter Kit, terus dapat jadi ahli, next purchase da murahhhh..murah tu belakang kira, yg penting benefit EO tu


Whatsapp me, Fyza : 019-7710032

http://yleobyfyza.wasap.my/

Sharing with Love
misz fyza

Monday, September 17, 2018

Find Motor Skill Activity ; Clothespins

Assalamualaikum..da lama tak update aktiviti anak2.. Dtg mood rajen, moh le kita update laju2.. Tajuk nk bahasa mat salleh , content bahasa ibunda..well.. Haha

Ok lah, sy nak share activiti mudah yg boleh dibuat oleh anak berumur 2-3 tahun.. Aktiviti ini dapat melatih keupayaan jari anak untuk menekan penyepit baju/clothespins tu.. Cuma saya idaklah gunakan penyepit baju yg digunakan untuk sidai baju tu😆sy gunakan yg warna warni utk sepit kertas tu.. Ironinya, bila sebut clothespins lagi org kenal kn😆sebab bila sebut sepit kertas, ada byk je is penyepit kertas, yg mana 1 kn? haha

Saya gunakan penyepit yg mmpunyai dua saiz yg berbeza.. Soalan glemer yg org suka tanya, beli kat mana? Hee.. Saya beli kat Kaison.. Saiz kecik sebungkus RM 5.50,saiz besar RM 3.60



Jangan pandang rendah pada simple activity mcm ni tau, sangat banyak manfaat pada anak2 kecil..ini juga skill yg perlu dilatih, sbb masih ramai lg anak kecik yg gagal melakukan activity semudah ini.. Ia dapat melatih jari dan juga koordinasi mata.. Selain melatih anak utk fokus..



Bagi kita org dewasa mmg mudah je nak buat, tapi anak kecik ni, sampai dua tangan haa die guna😆yg saiz besar tu agak mudah nayla nak tekan, sbb sebelum2 ni dah selalu buat aktiviti mcm ni, tapi yg saiz kecik tu agak payah bag nayla.. Byk kali gak la dia try



Ayat nayla masa mula2 guna penyepit saiz kecik tu

"tak boleh la ibu, cucah" 😆😆

Time mcm ni, kita kena bg kata2 semangat kat anak supaya dia tak give up, puas la ibu berlakon,

"wah, hebatnya nayla!"
"good job nayla!"
"yey, berjaya, give me 5!!"





Sambil exercise jari2 comel tu, nayla belajar juga mengenal warna.. Setiap kali die mengepit kat palang tu, nayla akan sebut warnanua.. Ibu pantau je, tegur kalau nayla silap letak..sebab nayla ni meraban je die sebut warna tu. Yellow jadi blue, red jadi kuning, pink jadi biru.. Haha..practice makes perfect ok.. Mana ada budak lahir terus kenal warna kn.. Hee

Mudah je kan aktiviti ni, sesiapa je pon boleh buat.. Soh la anak wat sampai die bosan😉time anak wat, blh la ibu curi2 masa gi solat ke, g memerut jap ke.. Haha

With love
Ibu Nayli & Nayla

Tuesday, August 7, 2018

Stamping Ballon

Bagi mak2 bekerja ni, malam je la ada sikit masa nak beraktiviti ngan anak2

Balik keje da maghrib, mandi, solat, ngaji, makan, baru lah leh layan budak berdua tu

Malam tadi kami buat stamping ballon

Nayla gaya free style, men tepek asal boleh





Nayli plak katanya buat bunga sakura

Walaupn aktiviti ni simple je, tapi sekurangnya ada la bonding ngan anak2.. Hee

Kalau da penat sangat, bacakan buku kat atas katil je la =p

With love
Ibu nayli&nayla

Frekuensi dan Essential Oils

Semua benda hidup ada energi/tenaga

Terdapat tenaga bio-halus yang mengalir sepanjang hayat. Tenaga bio ini mempunyai getaran yang boleh diukur yg dinyatakan sebagai frekuensi getaran electromagnet (MHz)

Emosi, pemikiran dan bahan pepejal semuanya menpunyai frekuensi. Yang mmbezakan adalah tahap frekuensi

Kita semua mempuanyai frekuensi yang berbeza, ada yang tinggi dan ada yang rendah

Frekuensi bagi manusia yg sihat adalah 62-78 MHz

Penyakit mudah menyerang apabila frekuensi badan menurun lebih rendah daripade 62MHz
Cthnya, kanser akan menyerang apabila frekuensi badan berada pada 42 MHz

Jika kita berfikiran positif, frekuensi badan akan meningkat sebanyak 10 MHz

Jika kita berfikiran negatif, frekuensi badan akan turun sebanyak 12 MHz

Adalah penting untuk kita sentiasa berfikiran positif..Jangan stress, jauhi orang yg negative
Even kita baca bad news di fb dan tv pon akan menyebabkan frekuensi badan kt turun
Semakin rendah frekuensi badan kita turun, semakin mudah kita untuk sakit



Dengan menggunakan Essential Oils, ia akan dapat meningkatkan semula frekuensi kita pada tahap yang sepatutnya..Kerana, Essential Oils mempunyai frekuensi tertinggi daripada bahan semula jadi yg lain ..range frekuensi di antara 52 – 580 MHz

Biometrik frekuensi yang lebih tinggi menggalakkan badan kita untuk menjana semula sel-sel yang rosak, membina pertahanan imun yang lebih tinggi kepada virus

Dropkan EO yg pada ubun2 kepala pada setiap hari untuk mengembalikan frekuensi pada tahap yg sepatutnya

Sharing with❤️
Byfyza

019-7710032, boleh WhatsApp jika berminat nak tahu tentang Essential Oils =)

Friday, August 3, 2018

Cara menghilangkan wax pada buah

Mungkin ada yang masih tidak tahu mengenai buah epal, pear dan buah import yang lain yang dijual di pasaraya mengandungi lilin/wax supaya buah kelihatan tetap segar dan licin



Kalau tak percaya, cuba kikis lapisan kulit buah epal, akan kelihataan lapisan wax yang terhakis



Sebenarnya, wax yang digunakan pada buah-buahan itu adalah jenis food grade yang diperbuat daripada madu atau dibuat daripada tanaman. Ia boleh dimakan dan mendapat pengakuan daripada Food & Drug Administration Amerika (FDA)

Bagaimanapun, wax ini bersifat “indegistible”, ia tidak boleh dihancurkan oleh enzim pencernaan dan tidak diserap oleh tubuh,walaubagaimanapun pun ia boleh dimakan

Tetapi, sebagai consumer yang bijak, korang nak ke makan benda seperti itu??? Dah sah2 indegistible

Kalau tidak yakin untuk makan buah yang mengandungi wax, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang lapisan wax itu. Antaranya:

1) Celupkan buah epal ke dalam air panas selama beberapa saat untuk melarutkan wax,selepas itu, cuci kembali dengan air yang mengalir

2) Campurkan air lemon/atau cuka epal (ACV) dengan 1 sudu baking soda ke dalam air.Celupkan buah epal ke dalam campuran itu dan gosok dengan sikat halus atau berus gigi.

3) Kupas kulit buah epal. Ini cara yang selalu saya buat dulu. Tapi sayang tau, sebab kulit epal banyak nutrisi dan serat..rugi kalau kita xmakan kulit epal tu

Tapi sekarang, saya ada acara yang lebih mudah dan pantas!



Sejak menggunakan Fruit & Veggie Spray, semuanya jadi mudah..spray pada buah, gosok dan bilas, kesan wax terus tanggal..Boleh terus ngap ..hee

Ia juga mampu untuk mengeluarkan racun perosak yg terdapat dalam buah dan sayur,dan bertindak dengan pantas, hanya perlu merendam lebih kurang 1-2 minit ..boleh juga spray on the go,standby letak dalam handbag..yang paling best, diperbuat daripada 100% pure therapeutic grade essential oils..

Nak makan buah pon mudah sekarang, xperlu da fikir pasal wax, nak kopek kulit bagai, spray,bilas, anak boleh terus makan da🤗

Nak tahu lebih lanjut tentang Essential Oils dan produk Young Living, boleh WhatsApp saya ataupun follow saya di Ig, Hafiza.Jalil

Fyza 0197710032

Tips Menghilangkan Kesan Gelap Bawah Lengan

Ada tak yang mengalami masalah ini??

Jangan risau.. Ada cara yang mudah untuk mengubatinya, tak perlu beli produk pemutihan yang tak pasti kandungan dan juga keberkesanannya

Mari kita gunakan petua traditional sahaja.. Antara petua yang glemer untuk memutihkan kulit bawah lengan adalah dengan menggunakan limau nipis, perahkan limau nipis dan campurkan dengan kapur sireh, sapukan campuran itu di bawah lengan dan biarkan lebih kurang 15 minit dan cuci, lakukan setiap hari



Tapi, korang rasa sempat ke nak buat macam tu? Nak menunggu kering baru cuci, haha.. Mak2 mmg x dan la kn.. Mandi pon nk cepat, anak da menyeru🤣1 minit dapat mandi xde orang kacau pon da berharga tau



OK, saya ada tips yg lagi cepat dan mudah.. Hanya menggunakan Essential Oils😊 Sapukan EO Lime dicampur dengan VCO atau Olive Oil ke bawah lengan setiap hari selepas mandi

Bukan setakat mengurangkan gelap, ketiak berbau juga hilang, bau harum limau nipis😘 Boleh juga di sapu di leher dan celah peha yg gelap

Selain itu, ada banyak lagi manfaatnya EO Lime ni



EO Lime ni juga harganya mampu milik,

Harga retail RM 71.50, siapa nak?

3 hari ni ada 15% off🤩

Jika berminat dan mengetahui lebih lanjut tentang Essential Oils, meh WhatsApp je ataupun follow my IG...

Fyza 0197710032

Wednesday, August 1, 2018

Activity santai di malam hari

Malam tadi ibu luangkan sikit masa untuk melayan anak2 main water color.. Mood ibu baik, jadi dapat lah korang main mcm ni, kalau x, tunggu siang hari je la.. Huhu

Ibu da siap2 lukis masa kat opis petang tu, so lepas solat isyak, baru la kami start.. Nayla mmg suke men color ni, ibu je allergic skit.. Haha.. Allergic nak mengemas

Kita layan gambar2 masa diorang buat aktiviti







Si Nayla, sikit2 tanya

"cantik x adik buat?"

Ibu kena luangkan banyak lagi masa dengan anak2.. banyak sangat da aktiviti yang terganggu.. hope lepas ni boleh istiqamah la

With Love
Ibu nayli & nayla

Wednesday, July 4, 2018

Minyak Selulit



Korang nak try guna minyak magic x?? Hee

Sis dah guna dan sis dah jatuh cinta..haha

Sapa kata org kurus xde selulit😆 cube pi depan cermin, telek2 sikit😂

Walaupn ramai kata sis kurus, tapi sis terima hakikat yg selulit ni mencemburui diri ku.. Sob sob😭 I hate u!!

Dulu2 pernah try beli krim selulit yg kat watson, tibai je beli apa2 jenama, harga seratus ke atas tu mmg standard.. Tapi!! Kejap je pakai sebab x suke

dengan teksturnya.. Melekit !! Lepas tu tersadai je! Membazir!

Pastu da ade anak dua ni, da x fikir da pasal krim selulit, tapi otak dok pikir da nak beli bengkung sajat la, corset Premium Beautiful hai-o la. . Hee.. Hingga la ada sahabat yg da try guna Magic Oil ni, sis terjebak!!

Bila guna, wahh.. Best la, x mcm krim2 dulu yg sis gune.. Serius, bau die pon best.. Best je nak massage2 kat bahagian2 tertentu tu😆 x tipu! Dan xde pon rasa panas! Sape kata nak bakar lemak kena pakai krim panas? Silap tu😁

Meh la sama2 terjebak.. Jom kita guna Magic Oil ni.. Kita nyahkan selulit, cantik dan tegangkan semula tekstur kulit yg da mula suram tu.. Nak lagi powerful, massage sekali dengan EO grapefruit.. 😍

Yang penting, bebas daripada bahan kimia.. Ia terdiri drp campuran almond oil, coconut oil, grapeseed oil, olive oil dan wheatgerm oil. Dan yg wajib ada sudah pasti Essential Oils (Cedarwood, Clary Sage, Cypree, Grapefruit & Juniper)

Jom Syantik !! Eh😉

0197710032 Fyza❤️

Monday, July 2, 2018

Perbezaaan antara Basic Plus Starter Kit (BPSK) dan Premium Starter Kit(PSK)





Setiap kali ada yg  WhatsApp kata nak beli BPSK, mesti saya akan suggest supaya beli PSK.. Pls jgn annoying😁i have a reason, sy nak bantu anda supaya dapat yg lebih berbaloi!

Ramai customer yg da beli BPSK menyesal sebab x beli PSK

Meh saya tunjukkan perbezaaannya

BPSK : RM 357 -➡️1 Diffuser & dapat 3 botol EO
PSK : RM 713 : ➡️ Diffuser & dapat13 botol EO

RM 713 - RM 357 = RM 356

Beza RM 356..Lets say bahagikan RM 356 dengan 10, sebotol EO hanya jatuh RM 35.60😱 Murah sangat2 tau

Kalau korang beli satu2, jangan harap boleh dapat murah mcm tu ! Dan, x semua EO 5ml ada dijual tau..EO dlm PSK, hanya Frankincense shj ada dijual saiz 5ml,yg lain hanya dijual 15ml

Contoh EO Frankincense, harga 5ml je da RM 133. 50

EO Panaway, harga 15ml RM 352.50, kalau divide by 3,RM 117.50

EO Copaiba, harga 15ml RM 194,divide by 3, RM 94.60

Frankincense + Pan Away + Copaiba je da nak RM 350!!

Itu baru 3 EO da harga macam tu, tak ke jimat dan untung banyak??

Dengan membeli Premium Starter Kit hanya perlu tambah lagi RM 356,da dapat lagi 10 jenis EO

Itu belum campur lagi dengan free gift yg sy bg.. Memang berbaloi😍

Jadi, apa fikir2 lagi, baik grab Premium Starter Kit kn😉

Hanya RM 713

Untuk pembelian, boleh WhatsApp saya
019 7710032