Friday, April 19, 2024

Nayli, Welcome to Science Girls School (SGS)

Sudah sebulan Nayli mendaftar di Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani, atau nama lama sebelum permasyurannya, Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban atau lebih di kenali sebagai Science Girls School (SGS)

Alhamdulillah syukur, rezeki Nayli dapat menempatkan diri ke SBP 1st intake, selain itu ada juga dapat few offer seperti MRSM,Sekolah Seni,KSN tapi kami memilih SBP untuk Nayli sebb SGS ni 3 minit je dari rumah kami.Ya,pada kami, lokasi sekolah adalah yg paling kritikal, sebab kalau rezeki 5 tahun dia di sana, banyak masa kami perlu ulang alik every week nak melawat, sekolah yg dekat adalah pilihan utama.Dan kami suami isteri memang dah berbincang, if Nayli dapat tawaran sekolah yg jauh, mmg x akan terima offer tu, dan actually Nayli ni memang x nak masuk asrama pon mula2 huhu..setelah dipujuk, dia redha je pergi juga

 

 
 
Nayli dan rakan2 baru yg mendaftar untuk 1st intake




Nayli dan rakan 1 dorm, Permai 9    


Gambar time berbuka puasa di dewan makan

Minggu pertama berjalan lancar, xde sesi menangis, masuk minggu kedua, tiap hari call menangis nak balik, homesick da, padahal dari asrama pon da boleh nampak atap kawasan rumah, haha..tapi layankan je la..dok memujuk, mayb sebab dia penat sangat orientasi time bulan puasa kan..dengar je la segala rintihan dia..

Minggu ke 3, orientasi da tamat, da mula masuk kelas belajar, time ni da xde drama air mata da, call pon tidak, dia kata busy sangat, x sempat nak call..dapat nengok transaction dia membeli kat koperasi je, SGS cashless, so kena bawa debit/credit card.

Hopefully Nayli bertahan la di SGS hendaknya, moga tiada lagi la drama air mata , tapi pagi td pukul 4.30am dia da call ibu menangis sebab sakit gigi..huhu..sebab da biasa senang lenang di rumah, bila duduk asrama semua kena buat sendiri, kena follow schedule yg pack, inshaAllah Nayli boleh..orang lain boleh, awak pon pasti boleh..haa gitu la ibu cakap kat dia



 

Friday, November 17, 2023

Tawaran ke Program Mukhayyam Al Abrar, Kolej Permata Insan USIM

 Assalamualaikum 

 

Oh my blog! setahun dah xde update apa2..zaman skang banyak lagi platform lain yang lagi mudah dan cepat agaknya,..tapi rasanya perlu aktif semula mencoret kenangan di sini, sebab aku bukannya aktif di muka buku, jika update di blog ni, lagi mudah nanti nak cari semula

ok la, nak cerita tentang anak , blog ni pada asalnya memang banyak post tentang perjalanan mengajar anak masa diorang kecik2 dulu, especially Nayli..anak dara ku sorang tu da umur 12 tahun da..tahun depan da nak masuk sekolah menengah

Awal tahun ritu, Nayli ada join saringan Pencarian Pelajar Pintar & Berbakat under Program Permata di bawah Pusat Permata Pintar Negara..Program Permata ini untuk mengenalpasti pelajar pintar dan berbakat dari bidang akademi di seluruh Malaysia. Ini untuk memberi mereka peluang untuk mengembangkan potensi & bakat mereka

Mula2 apply, kena ambil ujian UKM1, kemudian pelajar yang lulus akan ditawarkan untuk menduduki ujian UKM2 . Ujian UKM2 adalah ujian untuk menapis pelajar yang akan menyertai Program Perkhemahan Cuti Sekolah di UKM/USIM dan juga ke Program Mukhayam Al Abrar di USIM

Bagi Pelajar yang berumur 12 tahun, ia di kira sebagai final stage untuk ditawarkan ke Program Pendidikan Menengah Pintar & Berbakat.Iaitu pelajar akan ke Kolej Pintar Negara,UKM (KGPN)/ Akademi Sains Pendang (ASP) & juga Kolej Pintar Insan,USIM (KGI)


Rezeki Nayli, dia berjaya dalam Ujian UKM2. Kriteria yang berjaya pada ujian UKM2 ialah pelajar yang lulus cemerlang dengan tahap IQ above 130. Dan Nayli di tawarkan ke Mukhayam Al-Abrar,USIM. Walaupon sebenarnya Nayli berminat ke Kolej Genius Pintar,UKM. Tapi result pembahagian ke UKM atau USIM dibuat berdasarkan keputusan ujian pelajar. Jadi mak is redhoo..huhu..

 Nayli pada mulanya memang dia xmau pergi, sbb di USIM ni fokusnya untuk melahirkan bakal ilmuan islam berteraskan Al Quran & Al Sunnah. Jadi ada additional subject, menghafaz Al Quran minimum 11 juzuk. dari sekolah Nayli, hanya dia seorang yang terpilih.. 14 orang pelajar yang terpilih dari Negeri Sembilan.. total pelajar yg terpilih dari seluruh Malaysia ialah 230 orang.

 

 

Agak lama juga la ibu ni haa nak yakinkan Nayli untuk pergi program ni..nanti 3 hari tu nanti memang penuh ujian untuk saringan pelajar yang layak ke Kolej Permata Insan ni. Nayli da nak give up awal, sebab dia xnak ada hafazan tu..huhu.. pelajar akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz 1 muka surat Al Quran, baca berserta tajwid yang baik dan maksud perkata.. mereka akan dinilai seberapa banyak ayat yang dapat di hafal..

Ini adalah senarai ujian sepanjang program tu nanti. Program 3 hari, 2 malam.

  • Ujian Kecenderungan STEM (Fizik)
  • Ujian Kecenderungan STEM (Kimia)
  • Ujian Kecenderungan STEM (Bio)
  • Ujian Kecenderungan STEM (Math)
  • Ujian Hafazan (4 slot)
  • Ujian Kecenderungan Agama
  • Ujian Psikometrik 
  • Ujian Fizikal/Segak
  • Temuduga

Ibu yakinkan Nayli, bukan senang nak dapat tawaran ni, hanya pelajar dengan IQ above 130 je yg dapat tawaran ni.. sekurang-kurangnya Nayli hadir dan buat yang terbaik. If x berjaya, dah dapat pengalaman mahal.If berjaya memang rezeki yang telah Allah tetapkan..jadi bersyukur sebab dah sampai ke tahap ini 

Jadi sekarang aku kena la tolong Nayli buat persedian hafazan tu, nak kena make sure tajwid semua ok.

dan kena sentiasa yakinkan Nayli yang dia mampu menghafaz.


You go girl !

Sunday, January 16, 2022

Pengalaman Miscarriaged

Penutup tahun 2021, dapat merasa pengalaman yg x disangka2..Unexpected pregnancy..hee

16 December, aku ada appoinment untuk suntik booster..sebelum pergi tu,hati da berbelah bagi antara nak pergi atau x, sebab masa tu ngah banyak kerja, kebanyaka orang cerita, lepas booster, kompem demam la, badan rasa x best la..so aku pon rasa ragu2 nak pi

appoinment booster tu petang, so pagi tu aku masuk keje macam biasa, masa nak pi tu,aku terdetik, kenapa period aku bulan ni macam pelik je,,masa 8 December,nenek aku meninggal, so masa tu aku nampak macam keputihan aku warna x clear, macam warna coklat cair sikit..masa tu pulak aku guna mestrual cup..so aku expect time tu period la kot..aku xde la baca yasin..tapi lepas tu keputihan aku warna biasa, then esok nya pulak, keputihan biasa, tapi macam ada darah sikit..bila guna menstrual cup, nampak clear la cecair tu

then masa tu rasa x selesa guna menstrual cup tu, mcm rahim ke bawah rasanya ,,tapi aku wat bodo je la kan, pastu keputihan da keluar macam biasa, da xde campur coklat or darah da, so aku da confuse, period aku x jadi keluar ke😅tapi still rasa x selesa kat bahagian perut macam senggugut, macam tanda nak period tu

memang rasa x selesa betul la, aku siap sapu EO Geranium kat ari2, nak bagi period keluar lancar..sebab dok pikir sebab aku stress keje kot, sebab tu period jadi pelik..time ni langsung x terpikir la pasal pregnant, sbb rasa macam x mungkin la..

aku siap dok kira la bila 1st day period kira time tu da seminggu delay..siap check date bersama, rasa masa tu bukan waktu subur, so x mungkin la kan pregnant..

nak jadi cete, masa da sampai spital, ngah register untuk vaccine tu, Allah hantar lintasan hati, terdetik yg aku ada bersama tapi aku x note kan kat calender..aku biasanya mmg particular bab2 ni..call husband aku..haha..die kata x pregnant la, perasaan je tu,,pastu aku kira2, time yg aku x letak note dlm calender tu mmg time subur!! aku da berbelah bagi, tup2 nama aku kena panggil untuk inject

xleh pikir apa, redha pi tadah bahu untuk inject je, dalam hati tetap yakin,xde pape la, period xkeluar tu sebab stress, x mungkin pregnant..tapi lepas 2 hari tu still x period gak..hmm, balik keje aku pi guardian, beli preganancy test kit

lepas mandi, terus test..pastu aku tinggalkan dlm toilet pi solat, masuk balik dalam toilet, ngk double lineee...jammed terus otak..aku pregnant?? masa tu nak ketawa pon ada, sbb mmg x merancang, Nayla pon da nak masuk 7 tahun, ingat nak tutup kilang..haha

lepas tu terus hidup aku rasa x senang, tido malam termimpi2, mana x nye, ramai kata mana leh amek vaccine masa pregnant awal, bila baca KKM guideline, disyorkan 12weeks keatas..boleh bayangkan macamana perasaan aku time tu, siap ada yg kata, kita x tau baby nanti sempurna x..kebanyakan orang akan gugur after vaksin, ni xtau la betul x, aku pon sbb kawan yg jaga pusat vaksin bagitau..jadi mmg redha je la kalau jadi pape

bermula la fasa x sedap badan,merasa la kejap morning sickness, sampai la satu hari ni, kol 3 pagi aku rasa x sedap perut, macam rasa senggugut, aku pi toilet nengok spender ada darah..masa tu terus kata, ok bukan rezeki aku, ni tanda nak gugur ni melalui pembacaan2 aku..lepas tu mula sakit perut yg kuat..menangis sakit la kejap kejut laki aku..haha..tapi bila laki aku ajak pi spital, aku kata nanti dulu la, xlarat nak bangun..dalam pukul 6.30am, nak siap2 pi spital, masuk toilet, pelepupp! ada gumpalan darah & daging keluar..innalillah.tapi cete ni x abes kat sini..huhu..panjang lagi kisah yg berlaku kat hospital lak..

sambung lepas ni, penat menaip..heheh

Saturday, November 27, 2021

SUCI Reusable Menstrual Cup

 hai everibadi🙋

bersawang da belog ni nampaknya😂 tuan rumah bizi memanjang, sampai lupa ada belog ni😜


so hari ni  i want to share with korang benda baik ,,benda baik memang kena hebahkan, x baik sorok2

hee..tapi ini personal sharing, tidak berbayar..haha


untuk kita wanita yg da baligh, tiap bulan mesti kena ada stock menstrual pad..ada yang pakai pad pakai buang, dan ada yg pakai cloth pad. aku x pernah lagi guna cloth pad, sbb aku rasa kalau kat rumah macam no problem, tapi kalau pi bekerja , macam yang paling mudah jenis pakai buang..mungkin pendapat org lain x sama, i dont know, sbb aku x pernah study betul2 tentang cloth pad.,but i know its good..pi google sendri kebaikan nya ye

so bila aku tau kewujudan reusable menstrual cup , aku memang teruja nak mencuba, dok baca review je,dan bila da ada kawan sendiri yang guna,dan bagitau yg mmg sangat ok, aku terus add to cart and buat payment .. Harganya RM 98 termasuk postage


dan yang best nya, masa SUCI sampai, ngam2 esoknya aku period..terus boleh try test






1st time nak guna, mmg la seriau weh..masa nak add to cart tu, dok baca panduan nak pilih size..

Antara Cup A or Cup B..baca sizing guide, die soh check length of vaginal canal, omg! x sanggup aku nak check sendiri😂 so aku choose ikut basic sizing guide


Size A untuk orang yang x pernah bersalin normal

Size B untuk orang yang pernah bersalin normal


so i choose size B


1st time guna, memang rasa berhati2 je nak duduk, nak baring, sebab masih x yakin, betul ke my period ni tak kan tumpah, macam2 pikir..haha..but seriously, 1st day je rasa takut2, next day da selesa da..sampai terlupa yang ko ngah period!


SUCI cup ni boleh guna up to 10 hours, but it depend pada korang nye period flow..

kalau jenis heavy flow, 5jam tu tarik keluar la cup tu, buang darah period tu, pastu masukkan semula 

dan if nak buang air pon x perlu nak keluarkan cup tu


if nak tahu lebih detail tentang SUCI cup ni, boleh baca kat  SUCI Reusable Menstrual Cup

banyak info kat situ, dan korang juga boleh chat untuk tanya apa2 yg korang x faham


aku mmg recommend korang untuk guna SUCI reusable menstrual cup ni, sangat selesa, dan xperlu da nak pikir stock pad..dapat jimat duit, pelaburan yang berbaloi dengan hanya RM 98, tapi korang korang boleh dok ulang guna bertahun


sampai juga lagi di lain entry..tata


with luv

misz fyza



Wednesday, April 10, 2019

Novel by Farrah Izzlorna

Now keje aku marathon habiskan baca novel yg baru pinjam kat library.. Haha.. Sanggup ku korbankan waktu tidur...biasala mood manusia kan berubah ubah.. Ngah rajin nak baca buku ni.. Layankan.. Lepas ni bila ada interest lain, terkubur lak buku2 aku ti.. ;p

Dalam banyak novel yg aku baca, aku jumpe 2 novel yg sgt menarik..dan dua2 novel tu daripada penulis yg sama

Excellent! Tu yg aku nak cakap

Jalan cerita lain drp novel yg pernah aku baca..

1. Tajuk buku :Roof Top 



Roof Top ni cerita tntg seorang perempuan bernama Aya yg ada 'pendamping' bernama 'K' .. Roh yg keluar dr badan org koma..lama2 Aya ni jatuh cinta kat si K ni..byk plot cerita ni, menarik

Nmpk mcm klise je kn.. Tp try baca.. Kompem tak nak benti.. Aku baca 2 mlm sbb nak tau ending dia.. Best! Yg ni amcm drama korea yg aku pernah ngk dulu..huhu.. Bukan mcm cerita 'cinta biasa'.. Mula2 macam seram, yo la.. Hantu jadi pendamping follow Aya ke buku kehilir..tapi bila tau cerita pasal K tu, sedih rupanya..Cuma ending die tu tk seperti yg aku harapkan,,huhu..

2. Tajuk buku : Infiniti



Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Andrian yg terbuka hijab nya utk melihat benda ghaib .. Tetapi ibu nya telah menyembunyikan sesuatu, dan mengatakan Andrian hanya lah berhalunisasi dan mengalami gangguan jiwa

Sehinggalah pada satu hari, Anderia dibawa pulang ke kampung utk melawat neneknya yg sedang nazak.. Di sana, Andrian mengalami kemalangan dan koma.. Selama setahun dia koma, rohnya telah pergi ke tahun 1985,dimana telah merungkai segala sejarah tntg keluarganya

Novel ni serius best, ada seram, ada cinta.. Aku smpai terbawa dlm tidur.. Haha.. Over knnn.. Sebab mcm tak terfikir dekat akal.. Ala2 time traveller gitu

Hope lepas ni dapat baca buku yg best dan menarik jalan ceritanya.. Bosan la baca novel2 cintan je.. Dulu aku jarang baca novel bm sebab salu terbaca jalan cerita yg sama.. Bosan! Sebab tu dulu aku salu layan novel English, skang ni baru jumpe yg menarik, so kita layan novel melayu lak.. 

Hobi saya mmbaca! hobi awak apa?

Hi dude!

aku kononnya nak jd manusia yg rajin update blog..bukan apa, untuk tatapan anak cucu nanti..hahaha

hari ni nak cete pasal hobi.apa hobi korang? hobi aku dari kecik sampai dah jadi mak anak dua ni adalah membaca..tak kisahlah ape jenis bahan bacaan pon, yg penting ada tulisan..

Big Bad Wolf tu dah mcm acara wajib aku pegi setiap tahun..dan aku bukan jenis beli buku then peram,,aku confirm baca..rugi la beli buku then simpan kn..

Sebenarnya aku berkira2 nak pergi Pesta Buku Antarabangsa KL (PBAKL)..tapi mcm tiap minggu turun KL,pastu malas nak hadap jammed..ku smpan niat yg mmbara tu..tapi takpe, sebab every 2 weeks, aku anak beranak akan melepak kat library..pinjam buku byk2..buku2 kat library seremban pon menarik dan updated..jadi dapat la aku jimat duit dan jimat space kat rumah..hee..bukan apa, mak aku dah bising, sbb rumah aku penuh buku dia kata!

takpe mak, tunggu rumah baru siap, ada library nanti!

aku ada masalah syg nak jual buku , ramai je kn jual buku preloved..sbb aku pon kekadang salu beli buku preloved dr fb..nanti aku fikirkan

sabtu lepas aku pinjam 6 buah buku, nayli lak pinjam 2 buku..library kat seremban ni maximum sorang blh pinjam 2 buku je..aku ada 3 kad dewasa, ngan 1 kanak2..yg dewasa tu, nama aku, husband n mak aku..rasa patut daftarkn abah aku plak, spy aku boleh pinjam 8 buah buku lepas ni..nak kena heret abah dtg library la pulak nak daftar..haha..


kononnya 6 buah buku ni utk stock 2 minggu, tapi sabtu pinjam, malam ahad je aku da habes baca 3 buku..malam tadi baru je habes baca buku yg ke 4..nan hado la 2 minggu..tp hujung minggu ni xleh pi library sbb nak pi Shah Alam..kazen kawen...

aku pantang ada masa terluang, lepas layan anak2, ada masa senggang je..capai buku..sebelum tido mlm pon baca lagi..hee..kat katil pon byk buku..masuk kete je, terus jadi buku time..naseb la laki aku..huhu

masa aku pi Guangzhou-Shenzhen seminggu ritu pon aku angjut buku tebal 600+m/s..sementara dlm bullet train, masa tunggu nak naik flight, masa dlm fligth pon dok mmbaca..aku soh laki aku tido..haha..sbb kalau die x tido, x best la aku nak baca buku kn..kesian plak die nanti, macam terabai gitu..haha

tapikan, aku tak khatam lagi baca tafsir AL-Quran..yg ni nak kena istiqamah..insoff sekejap..kalau baca al quran salu lepas solat je kn..kena update diri ni..aku nak kena jadikan habit seronok baca tafsir mcm mana aku seronok baca novel or buku2 lain..

anak2 pon da mangikut perangai aku..


aku salu marah nayli sbb selalu bawa buku masuk toilet masa memerut, then aku realised, dia buat mcm tu sbb selalu nmpka ibu die buat..adoi..aku baru sedar..sob..sob..tegur anak, tapi sendiri buat..cume nayli tak boleh baca buku dalam kereta , dia akan jadi pening kepala, dan nanti dia terus tido..mujur aku takde masalah baca buku dlm kete..sbb tu kalau dlm kete, aku suke ddk belakang, biar nayli ddk depan. sbb laki aku tak nmpak aku ngah mmbaca, kalau die nmpak, die mcm geram gak la..haha

nak buat mcm mana, dah itu hobi bini nya..hee



Wednesday, April 3, 2019

Kembara Shenzhen-Guangzhou : Makanan halal di Masjid Huaisheng

Mencari makanan halal adalah wajib bagi kita yg beragama islam ni..jgn buat pasal nak men telan je apa ko nampak walaupon meleleh air liur..hihi..sebab tu kalau pergi negara yg bukan majoriti islam, kena la buat byk persediaan..mcm aku , masa pi Shenzhen je ada bawa bekalan sikit, kat Guangzhou ni xpon..sebab hotel kami berhadapan dengan Masjid Guangta Lu..jadi agak mudah utk dapat makanan halal..bawah hotel ada restoran halal..so, sebelum keluar meronda, isi perut siap2..;P

Nama restoran ni Nur Bostan Muslim Restaurant..owner Org Uighur , Turkey..

Location: Jalan Guang Ta Lu, berdepan dengan Masjid Huaisheng
Metro : Ximenkou Station, Exit B..kena berjalan lebih kurang 500m,6 min..

Masjid Huaisheng
restoran halal yg signboard warna merah


Makanan kat sini sedap pada tekak aku..harga agak mahal..actually semua makanan halal kat sini agak pricey..tapi portion makanan banyak, sepinggan mmg boleh makan untuk 2 org..tapi mcm aku yg kelaparan, takde kongsi2..licin!



aku makan Fried Shredded Uighur Noodle..25 Yuan, lebih kurang RM 15 sepinggan..yg ni sedap..2x aku datang sini semata2 nak makan ni..huhu..menjilat sudu..haha..mi tu homemade tau..


kat Shenzhen & Guangzhou ni, kedai makan takde jual air bancuh tau..so, samada korang bawa air sendri or beli air tin je..ada kedai yg ade jual air tin or botol, ada yg kena beli air dari kedai lain.. naseb la kalau makan tercekik xde air..haha

husband aku beli air tin bawah ni, belek2 rupanya dari Malaysia..mcm tak pernah nampak je..hihi



Sebelah restoran  ni ada pasar halal..so siapa yang nak masak , boleh la beli dari sini..oh ya, kat hotel aku duduk ni, kat area rooft top ada disediakan tempat utk memasak, strictly fo muslim only..nama hotel tempat aku menginap , namanya Jia Mei Hotel..


senang kan, siapa yg duduk sini lama, boleh masak je sendiri..duduk hotel pon boleh masak mcm sewa airbnb..kerlasss ko..masa aku dok round kat area roof top hotel, mmg nampak ada org baru lepas memasak, bawa periuk masuk bilik hotel..huhu

kalau nak senang dapat makanan halal, sewa la hotel yg berdekatan dengan masjid..confirm senang..

Tuesday, April 2, 2019

Kembara Shenzhen-Guangzhou : Day 4 - Shabi Tomb

Boleh baca entry sebelumnya di SINI

Setelah melawat masjid, kami meneruskan langkah untuk melawat makam Saad bin Abi Waqqas pula..walaupun ada byk percanggahan pendapat tentang lokasi sebenar Abi bin Abi Waqqas disemadikan..Ada yg mengatakan beliau disemadikan di makam para sahabat di Baqi',Madinah..ada ramai juga yg percaya beliau disemadikan di sini..Wallahualam..

Walaupun tidak pasti lokasi sebenar Saad bin Abi Waqqas disemadikan, yg pasti beliau memiliki peranan yg sangat penting dalam penyebaran agama islam ni China


Suasana tenang je di dalam kawasan masjid nak ke makam

Masjid ni ni diiktiraf dlm Chinese World Cultural Heritage Tentative List



Ini pintu gerbang nak masuk ke kawasan makam



Bangunan kecik berwarna hijau belakang aku tu la lokasi makam Saad bin Abi Waqqas..tempat nya kecil je, tak boleh masuk ramai2



Inilah makam yg dipercayai sebagai makam Saad bin Abi Waqqas..kalaupon benar ia bukan makam beliau, tapi pastinya makam ini milik seseorang yg berbangsa arab yg memiliki jasa besar dalam perkembangan agama islam di China



Masa aku sampai, ada 3 org yg baru selesai baca yassin..dan lepas baca yassin tu, diorang menangis2 dan berdoa ..


Di luar makam, ada colok..pada pendapat aku la, colok ni memang budaya org China..jadi bukan hak kt utk pertikaikan apa yg mereka buat...hormati shaja budaya mereka..



kat sekeliling makan Saad bin Abi Waqqas tu , ada byk lagi makam2 lain,,yang penting, sebelum pergi aku dah calit siap EO White Angelica..hee..mak2 minyak je faham kenapa kena calit EO White Angelica..hee






Lepas melawat makam, kami terus jalan ke arah north..utk cari pintu keluar dari masjid ni..masuk dari South Gate, keluar kat North Gate..;)

Posing dulu sebelum keluar..tinggalkan jejak dulu..:p

betul2 kat pintu masuk masjid tu, ada kedai runcit muslim..masuk sat beli roti dan biskut utk kudapan..biskut2 yg dijual mcm kat malaysia gak



Lepas ni kami nak pergi shopping kat Leather Market plak..haa,,nak pi Leather Market ni ada cerita sadis, aku cete kat next entry k..



Kembara Shenzhen-Guangzhou : Day 4 - Masjid Saad Bin Abi Waqqas

Boleh baca entry sebelumnya di SINI

Selepas meninjau-ninjau Five Ram Statue di Yue Xiu Park, kami melawat ke Masjid Saad Bin Abi Waqqas pula..tak jauh, kena masuk semula ke dalam Shaibu Station, then cari Exit B2..tapi kn, walaupun tak naik train, kena swipe gak metro card , kena deduct duit hokeh..ntah hape2, masuk kejap nak tukar exit je kot, pon kena charged!


Siapakah Saad Bin Abi Waqqas ni..kenapa aku nak pi sgt melawat masjid ni?

Secara ringkasnya,Saad Bin Abi Waqqas ni adalah sahabat Rasulullah saw yg menyebarkan agama islam ke China..Beliau berasal dr Makkah..Dan beliau adalah sahabat Rasulullah SAW yg mendapat jaminan syurga.. Saad bin Abi Waqqas menetap di Guangzhou,dan beliau mmbina masjid pertama dan tertua di China, Masjid Huaisheng,,ni nanti aku cete di lain entry.. Kita sambung tentang masjid ni dulu k..

Selepas Exit B2, terus ikut arah kiri, jalan terus je..jumpe lorong pertama , Lanpu Lu namanya..terus je ikut lorong tu sampai ke hujung jalan..Pintu gerbang masjid sebelah kanan..Kami masuk melalui South Gate..actually boleh exit dari gate lain masa kat Shaibu Station tu..korang kan kalau masuk dr North Gate..akan jumpe kedai runcit muslim dulu kat pintu masuk masjid..tapi aku rasa masuk dari South gate ni lagi senang dan dekat..jadi sapa yg nak pegi, ikutlah direction yg aku bg ni..hee


South Gate

Inilah masjid nya..Kawasan dalam ni agak luas..then rasa tenang je dalam ni..banyak pokok..nyaman je rasa..




Ni dewan solat utk jemaah lelaki







masa kami datang..ada sorang je org ngah solat..kawasan sunyi je takde org..sebab kami smpai dlm kol 9 pagi..bukan waktu solat utama, jadi tak ramai org..

Then kami meneruskan langkah utk melawat Makam ni Abi Waqqas pula atau dikenali sebagai Shabi Tomb..

Bersambung...

Kembara Shenzhen-Guangzhou : Day 4 - Yue Xiu Park

Boleh baca entry sebelumnya di SINI

masih mencari masa utk mengupdate blog..biasa la, kena dahulukan kerja hakiki dulu..;p

apabila pergi travel sendri, benda utama yg perlu ada adalah itinerary...dah mcm kitab rujukan la..
make sure sebelum pergi, study dulu mana tempat yg korang nak pergi..mcm aku , dah susun itinerary baik punya, sampai sana , ada juga yg kami ubah mengikut kesesuaian..kalau ikut aku, mmg aku akan follow itinerary yg aku dah buat tu..tapi laki aku tu..haish..injured dah kat sana..terlalu byk berjalan, kaki smpai crammed..huhu..mana taknya, sehari berjalan lebih 12ribu steps! jadi kesihatan perlu diambil kira juga..

hari ni kami pergi Yue Xie Park! pi ngk Five Ram Statue..kalau pi Guangzhou, tak pi ngk Five Ram Statue ni tak sah la! sila google utk baca sejarah nya..haha..malas nak taip..kiki..aku mmg just nak ngk Five Ram Statue je, yg lain aku xnak..sebab Yue Xie Park ni besar..aku taknak buang masa, byk lagi tempat nak pi..dan byk lagi tenaga nak guna, so kena simpan sikit..haha

Dari Shaibu Station, ambil Line 1 to Yue Xie Park..Exit A..aku ikut Exit A sebab paling dekat nak tembus ke Five Ram Statue tu..dari pintu Exit A tu, belok kanan..jalan terus sampai ko nampak pintu gerbang kat belah kanan korang..masuk dari situ..nak belok kanan pon boleh, kalau korang memang nak explore keseluruhan Yue Xie Park ni..kami tak kuasa..haha


jalan terus, belah kiri tu ada tasik dan bot2 warna kuning...ikut je direction ke Five Ram Statue..agak jauh juga ye perlu menapak..dinasihatkan pergi pagi2, ala2 jogging gitu..huhu


Sepanjang jalan tu akan nampak ramai warga tua Guangzhou sedang bersenam..park ni mmg sesuai itu aktiviti sebegitu..

Lagi 1, pastikan kekuda lutut korang kuat! bukan saja jauh menapak, kena panjat tangga yg tinggi juga! aku yg dah tencot2 ni tahan je la..haha..blog2 sebelum ni xde bagitau pon yg kena panjat tangga..huhu..jadi bila nampak tangga tinggi2 tu, dalam hati aku..Oh My!!haha




Ahhirnya sampi tempat yg nak dituju!







Checked in! dah dapat amek gambar, baru la puas hati..lepas ni kami nak gi ke Masjid Saad Bin Abi Waqqas pula