Tuesday, April 2, 2019

Kembara Shenzhen-Guangzhou : Day 4 - Masjid Saad Bin Abi Waqqas

Boleh baca entry sebelumnya di SINI

Selepas meninjau-ninjau Five Ram Statue di Yue Xiu Park, kami melawat ke Masjid Saad Bin Abi Waqqas pula..tak jauh, kena masuk semula ke dalam Shaibu Station, then cari Exit B2..tapi kn, walaupun tak naik train, kena swipe gak metro card , kena deduct duit hokeh..ntah hape2, masuk kejap nak tukar exit je kot, pon kena charged!


Siapakah Saad Bin Abi Waqqas ni..kenapa aku nak pi sgt melawat masjid ni?

Secara ringkasnya,Saad Bin Abi Waqqas ni adalah sahabat Rasulullah saw yg menyebarkan agama islam ke China..Beliau berasal dr Makkah..Dan beliau adalah sahabat Rasulullah SAW yg mendapat jaminan syurga.. Saad bin Abi Waqqas menetap di Guangzhou,dan beliau mmbina masjid pertama dan tertua di China, Masjid Huaisheng,,ni nanti aku cete di lain entry.. Kita sambung tentang masjid ni dulu k..

Selepas Exit B2, terus ikut arah kiri, jalan terus je..jumpe lorong pertama , Lanpu Lu namanya..terus je ikut lorong tu sampai ke hujung jalan..Pintu gerbang masjid sebelah kanan..Kami masuk melalui South Gate..actually boleh exit dari gate lain masa kat Shaibu Station tu..korang kan kalau masuk dr North Gate..akan jumpe kedai runcit muslim dulu kat pintu masuk masjid..tapi aku rasa masuk dari South gate ni lagi senang dan dekat..jadi sapa yg nak pegi, ikutlah direction yg aku bg ni..hee


South Gate

Inilah masjid nya..Kawasan dalam ni agak luas..then rasa tenang je dalam ni..banyak pokok..nyaman je rasa..




Ni dewan solat utk jemaah lelaki







masa kami datang..ada sorang je org ngah solat..kawasan sunyi je takde org..sebab kami smpai dlm kol 9 pagi..bukan waktu solat utama, jadi tak ramai org..

Then kami meneruskan langkah utk melawat Makam ni Abi Waqqas pula atau dikenali sebagai Shabi Tomb..

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

trima kasih kerana meninggalkan jejak..=)