Tuesday, August 7, 2018

Stamping Ballon

Bagi mak2 bekerja ni, malam je la ada sikit masa nak beraktiviti ngan anak2

Balik keje da maghrib, mandi, solat, ngaji, makan, baru lah leh layan budak berdua tu

Malam tadi kami buat stamping ballon

Nayla gaya free style, men tepek asal boleh





Nayli plak katanya buat bunga sakura

Walaupn aktiviti ni simple je, tapi sekurangnya ada la bonding ngan anak2.. Hee

Kalau da penat sangat, bacakan buku kat atas katil je la =p

With love
Ibu nayli&nayla

Frekuensi dan Essential Oils

Semua benda hidup ada energi/tenaga

Terdapat tenaga bio-halus yang mengalir sepanjang hayat. Tenaga bio ini mempunyai getaran yang boleh diukur yg dinyatakan sebagai frekuensi getaran electromagnet (MHz)

Emosi, pemikiran dan bahan pepejal semuanya menpunyai frekuensi. Yang mmbezakan adalah tahap frekuensi

Kita semua mempuanyai frekuensi yang berbeza, ada yang tinggi dan ada yang rendah

Frekuensi bagi manusia yg sihat adalah 62-78 MHz

Penyakit mudah menyerang apabila frekuensi badan menurun lebih rendah daripade 62MHz
Cthnya, kanser akan menyerang apabila frekuensi badan berada pada 42 MHz

Jika kita berfikiran positif, frekuensi badan akan meningkat sebanyak 10 MHz

Jika kita berfikiran negatif, frekuensi badan akan turun sebanyak 12 MHz

Adalah penting untuk kita sentiasa berfikiran positif..Jangan stress, jauhi orang yg negative
Even kita baca bad news di fb dan tv pon akan menyebabkan frekuensi badan kt turun
Semakin rendah frekuensi badan kita turun, semakin mudah kita untuk sakit



Dengan menggunakan Essential Oils, ia akan dapat meningkatkan semula frekuensi kita pada tahap yang sepatutnya..Kerana, Essential Oils mempunyai frekuensi tertinggi daripada bahan semula jadi yg lain ..range frekuensi di antara 52 – 580 MHz

Biometrik frekuensi yang lebih tinggi menggalakkan badan kita untuk menjana semula sel-sel yang rosak, membina pertahanan imun yang lebih tinggi kepada virus

Dropkan EO yg pada ubun2 kepala pada setiap hari untuk mengembalikan frekuensi pada tahap yg sepatutnya

Sharing with❤️
Byfyza

019-7710032, boleh WhatsApp jika berminat nak tahu tentang Essential Oils =)

Friday, August 3, 2018

Cara menghilangkan wax pada buah

Mungkin ada yang masih tidak tahu mengenai buah epal, pear dan buah import yang lain yang dijual di pasaraya mengandungi lilin/wax supaya buah kelihatan tetap segar dan licin



Kalau tak percaya, cuba kikis lapisan kulit buah epal, akan kelihataan lapisan wax yang terhakis



Sebenarnya, wax yang digunakan pada buah-buahan itu adalah jenis food grade yang diperbuat daripada madu atau dibuat daripada tanaman. Ia boleh dimakan dan mendapat pengakuan daripada Food & Drug Administration Amerika (FDA)

Bagaimanapun, wax ini bersifat “indegistible”, ia tidak boleh dihancurkan oleh enzim pencernaan dan tidak diserap oleh tubuh,walaubagaimanapun pun ia boleh dimakan

Tetapi, sebagai consumer yang bijak, korang nak ke makan benda seperti itu??? Dah sah2 indegistible

Kalau tidak yakin untuk makan buah yang mengandungi wax, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang lapisan wax itu. Antaranya:

1) Celupkan buah epal ke dalam air panas selama beberapa saat untuk melarutkan wax,selepas itu, cuci kembali dengan air yang mengalir

2) Campurkan air lemon/atau cuka epal (ACV) dengan 1 sudu baking soda ke dalam air.Celupkan buah epal ke dalam campuran itu dan gosok dengan sikat halus atau berus gigi.

3) Kupas kulit buah epal. Ini cara yang selalu saya buat dulu. Tapi sayang tau, sebab kulit epal banyak nutrisi dan serat..rugi kalau kita xmakan kulit epal tu

Tapi sekarang, saya ada acara yang lebih mudah dan pantas!



Sejak menggunakan Fruit & Veggie Spray, semuanya jadi mudah..spray pada buah, gosok dan bilas, kesan wax terus tanggal..Boleh terus ngap ..hee

Ia juga mampu untuk mengeluarkan racun perosak yg terdapat dalam buah dan sayur,dan bertindak dengan pantas, hanya perlu merendam lebih kurang 1-2 minit ..boleh juga spray on the go,standby letak dalam handbag..yang paling best, diperbuat daripada 100% pure therapeutic grade essential oils..

Nak makan buah pon mudah sekarang, xperlu da fikir pasal wax, nak kopek kulit bagai, spray,bilas, anak boleh terus makan da🤗

Nak tahu lebih lanjut tentang Essential Oils dan produk Young Living, boleh WhatsApp saya ataupun follow saya di Ig, Hafiza.Jalil

Fyza 0197710032

Tips Menghilangkan Kesan Gelap Bawah Lengan

Ada tak yang mengalami masalah ini??

Jangan risau.. Ada cara yang mudah untuk mengubatinya, tak perlu beli produk pemutihan yang tak pasti kandungan dan juga keberkesanannya

Mari kita gunakan petua traditional sahaja.. Antara petua yang glemer untuk memutihkan kulit bawah lengan adalah dengan menggunakan limau nipis, perahkan limau nipis dan campurkan dengan kapur sireh, sapukan campuran itu di bawah lengan dan biarkan lebih kurang 15 minit dan cuci, lakukan setiap hari



Tapi, korang rasa sempat ke nak buat macam tu? Nak menunggu kering baru cuci, haha.. Mak2 mmg x dan la kn.. Mandi pon nk cepat, anak da menyeru🤣1 minit dapat mandi xde orang kacau pon da berharga tau



OK, saya ada tips yg lagi cepat dan mudah.. Hanya menggunakan Essential Oils😊 Sapukan EO Lime dicampur dengan VCO atau Olive Oil ke bawah lengan setiap hari selepas mandi

Bukan setakat mengurangkan gelap, ketiak berbau juga hilang, bau harum limau nipis😘 Boleh juga di sapu di leher dan celah peha yg gelap

Selain itu, ada banyak lagi manfaatnya EO Lime ni



EO Lime ni juga harganya mampu milik,

Harga retail RM 71.50, siapa nak?

3 hari ni ada 15% off🤩

Jika berminat dan mengetahui lebih lanjut tentang Essential Oils, meh WhatsApp je ataupun follow my IG...

Fyza 0197710032

Wednesday, August 1, 2018

Activity santai di malam hari

Malam tadi ibu luangkan sikit masa untuk melayan anak2 main water color.. Mood ibu baik, jadi dapat lah korang main mcm ni, kalau x, tunggu siang hari je la.. Huhu

Ibu da siap2 lukis masa kat opis petang tu, so lepas solat isyak, baru la kami start.. Nayla mmg suke men color ni, ibu je allergic skit.. Haha.. Allergic nak mengemas

Kita layan gambar2 masa diorang buat aktiviti







Si Nayla, sikit2 tanya

"cantik x adik buat?"

Ibu kena luangkan banyak lagi masa dengan anak2.. banyak sangat da aktiviti yang terganggu.. hope lepas ni boleh istiqamah la

With Love
Ibu nayli & nayla