Monday, September 14, 2015

Jom Shopping : TOPMAN at Zalora



Ada di sini penggemar jenama TOPMAN Malaysia? Well, Topman merupakan jenama yang menawarkan pelbagai koleksi pakaian dan aksesori lelaki yang berasal dari UK. Jenama yang merupakan sebahagian daripada Arcadia Group yang juga memiliki jenama-jenama terkemuka lain seperti Topshop, Dorothy Perkins, Miss Selfridge dan lain-lain ini adalah pelopor kepada trend high street fashion.
Ditubuhkan sejak tahun 1970, jenama ini cukup dikenali di seluruh dunia dan mempunyai jutaan penggemar tegar. Di Malaysia sendiri, koleksi pakaian Topman sering menjadi perhatian para penggemar fesyen lebih-lebih lagi mereka yang sentiasa mengikuti trend terkini.



Apabila ditanya kepada para peminat setia jenama ini, apakah dua produk Topman yang paling mereka gemari? Majoriti berpendapat bahawa koleksi jeans Topman dan t-shirt Topman adalah dua produk yang paling ditunggu-tunggu pada setiap musim.


Topman memang terkenal dengan koleksi skinny jeans yang trendy dengan mengekalkan konsep ‘laid-back’. Begitu juga dengan koleksi t-shirt yang dipengaruhi oleh gaya high street di UK. Pembeli berpeluang membeli pakaian yang boleh ditemui dalam pelbagai pilihan saiz (XS – XL)  dan harga yang ditawarkan juga amatlah berpatutan.


Tidak hairanlah jika Topman pernah dicalonkan bagi anugerah  ‘Menswear Design of the Year’ oleh British Fashion Council, pemenang bagi ‘Best Fashion Retailer’ di Maxim Style Awards dan pemenang bagi ‘Best High Street Retailer’ pada 2007 FHM Fashion and Grooming awards.

Sekarang xperlu pening2 if nak beli koleksi from TOPMAN,just buka laman web ZALORA..you will find it…hanya di hujung jari saja.., settle..hee..pasni korang boleh le usha2 utk en husband, fiancĂ©e or boyfriend korang ye..jgn rambang mata udah la..=)


No comments:

Post a Comment

trima kasih kerana meninggalkan jejak..=)