Friday, April 19, 2024

Nayli, Welcome to Science Girls School (SGS)

Sudah sebulan Nayli mendaftar di Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani, atau nama lama sebelum permasyurannya, Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban atau lebih di kenali sebagai Science Girls School (SGS)

Alhamdulillah syukur, rezeki Nayli dapat menempatkan diri ke SBP 1st intake, selain itu ada juga dapat few offer seperti MRSM,Sekolah Seni,KSN tapi kami memilih SBP untuk Nayli sebb SGS ni 3 minit je dari rumah kami.Ya,pada kami, lokasi sekolah adalah yg paling kritikal, sebab kalau rezeki 5 tahun dia di sana, banyak masa kami perlu ulang alik every week nak melawat, sekolah yg dekat adalah pilihan utama.Dan kami suami isteri memang dah berbincang, if Nayli dapat tawaran sekolah yg jauh, mmg x akan terima offer tu, dan actually Nayli ni memang x nak masuk asrama pon mula2 huhu..setelah dipujuk, dia redha je pergi juga

 

 
 
Nayli dan rakan2 baru yg mendaftar untuk 1st intake




Nayli dan rakan 1 dorm, Permai 9    


Gambar time berbuka puasa di dewan makan

Minggu pertama berjalan lancar, xde sesi menangis, masuk minggu kedua, tiap hari call menangis nak balik, homesick da, padahal dari asrama pon da boleh nampak atap kawasan rumah, haha..tapi layankan je la..dok memujuk, mayb sebab dia penat sangat orientasi time bulan puasa kan..dengar je la segala rintihan dia..

Minggu ke 3, orientasi da tamat, da mula masuk kelas belajar, time ni da xde drama air mata da, call pon tidak, dia kata busy sangat, x sempat nak call..dapat nengok transaction dia membeli kat koperasi je, SGS cashless, so kena bawa debit/credit card.

Hopefully Nayli bertahan la di SGS hendaknya, moga tiada lagi la drama air mata , tapi pagi td pukul 4.30am dia da call ibu menangis sebab sakit gigi..huhu..sebab da biasa senang lenang di rumah, bila duduk asrama semua kena buat sendiri, kena follow schedule yg pack, inshaAllah Nayli boleh..orang lain boleh, awak pon pasti boleh..haa gitu la ibu cakap kat dia



 

No comments:

Post a Comment

trima kasih kerana meninggalkan jejak..=)