Friday, November 17, 2023

Tawaran ke Program Mukhayyam Al Abrar, Kolej Permata Insan USIM

 Assalamualaikum 

 

Oh my blog! setahun dah xde update apa2..zaman skang banyak lagi platform lain yang lagi mudah dan cepat agaknya,..tapi rasanya perlu aktif semula mencoret kenangan di sini, sebab aku bukannya aktif di muka buku, jika update di blog ni, lagi mudah nanti nak cari semula

ok la, nak cerita tentang anak , blog ni pada asalnya memang banyak post tentang perjalanan mengajar anak masa diorang kecik2 dulu, especially Nayli..anak dara ku sorang tu da umur 12 tahun da..tahun depan da nak masuk sekolah menengah

Awal tahun ritu, Nayli ada join saringan Pencarian Pelajar Pintar & Berbakat under Program Permata di bawah Pusat Permata Pintar Negara..Program Permata ini untuk mengenalpasti pelajar pintar dan berbakat dari bidang akademi di seluruh Malaysia. Ini untuk memberi mereka peluang untuk mengembangkan potensi & bakat mereka

Mula2 apply, kena ambil ujian UKM1, kemudian pelajar yang lulus akan ditawarkan untuk menduduki ujian UKM2 . Ujian UKM2 adalah ujian untuk menapis pelajar yang akan menyertai Program Perkhemahan Cuti Sekolah di UKM/USIM dan juga ke Program Mukhayam Al Abrar di USIM

Bagi Pelajar yang berumur 12 tahun, ia di kira sebagai final stage untuk ditawarkan ke Program Pendidikan Menengah Pintar & Berbakat.Iaitu pelajar akan ke Kolej Pintar Negara,UKM (KGPN)/ Akademi Sains Pendang (ASP) & juga Kolej Pintar Insan,USIM (KGI)


Rezeki Nayli, dia berjaya dalam Ujian UKM2. Kriteria yang berjaya pada ujian UKM2 ialah pelajar yang lulus cemerlang dengan tahap IQ above 130. Dan Nayli di tawarkan ke Mukhayam Al-Abrar,USIM. Walaupon sebenarnya Nayli berminat ke Kolej Genius Pintar,UKM. Tapi result pembahagian ke UKM atau USIM dibuat berdasarkan keputusan ujian pelajar. Jadi mak is redhoo..huhu..

 Nayli pada mulanya memang dia xmau pergi, sbb di USIM ni fokusnya untuk melahirkan bakal ilmuan islam berteraskan Al Quran & Al Sunnah. Jadi ada additional subject, menghafaz Al Quran minimum 11 juzuk. dari sekolah Nayli, hanya dia seorang yang terpilih.. 14 orang pelajar yang terpilih dari Negeri Sembilan.. total pelajar yg terpilih dari seluruh Malaysia ialah 230 orang.

 

 

Agak lama juga la ibu ni haa nak yakinkan Nayli untuk pergi program ni..nanti 3 hari tu nanti memang penuh ujian untuk saringan pelajar yang layak ke Kolej Permata Insan ni. Nayli da nak give up awal, sebab dia xnak ada hafazan tu..huhu.. pelajar akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz 1 muka surat Al Quran, baca berserta tajwid yang baik dan maksud perkata.. mereka akan dinilai seberapa banyak ayat yang dapat di hafal..

Ini adalah senarai ujian sepanjang program tu nanti. Program 3 hari, 2 malam.

  • Ujian Kecenderungan STEM (Fizik)
  • Ujian Kecenderungan STEM (Kimia)
  • Ujian Kecenderungan STEM (Bio)
  • Ujian Kecenderungan STEM (Math)
  • Ujian Hafazan (4 slot)
  • Ujian Kecenderungan Agama
  • Ujian Psikometrik 
  • Ujian Fizikal/Segak
  • Temuduga

Ibu yakinkan Nayli, bukan senang nak dapat tawaran ni, hanya pelajar dengan IQ above 130 je yg dapat tawaran ni.. sekurang-kurangnya Nayli hadir dan buat yang terbaik. If x berjaya, dah dapat pengalaman mahal.If berjaya memang rezeki yang telah Allah tetapkan..jadi bersyukur sebab dah sampai ke tahap ini 

Jadi sekarang aku kena la tolong Nayli buat persedian hafazan tu, nak kena make sure tajwid semua ok.

dan kena sentiasa yakinkan Nayli yang dia mampu menghafaz.


You go girl !

No comments:

Post a Comment

trima kasih kerana meninggalkan jejak..=)