Friday, March 24, 2017

Power Brain

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak share ilmu yg sgt bermanfaat pada diri aku and nayli..hujung minggu lepas, aku hantar nayli ke Power Brain Activation kat Smart IQ..

aku ade share demo nayli wat power brain kat ig and fb..demo 2 dibuat setelah otak tengah (mid brain activation) nayli diactivekan  secara keseluruhan dlm masa 2 hari..pada org yg langsung x tahu menahu mengenai power brain mesti akan kata amazing nye nayli mampu buat demo 2 dlm keadaan blind fold..xyah kata org lain, aku sendri yg melihat pon tercongok..haha

jadi, aku nak cerita la serba sedikit mengenai power brain ni, mana la tau ade sesape yg berminat nak pergi kn..

Apabila mid brain da diaktifkan, anak boleh menutup mata dan menggunakan gelombang otak utk memilih objek,spt juga menyentuh,bau atau pendengaran utk memberitahu sesuatu bentuk objek itu,anak akan mampu membaca buku dlm keaadan tutup mata,main games  or naik basikal..pergh, hebat kn.. anak akan dapat menggunakan deria super  untuk menerima maklumat dari sekitar dan menjadikan mereka lebih peka, lebih fokus, meningkatkan keupayaan memori, meningkatkan kemahiran berfikir dan kelajuan, meningkatkan kreativiti dan keyakinan diri.

Cth mcm Einstein sendri, die akan main biola utk rehatkan otak die , so that die akan dpt mencipta ciptaan baru dlm bidang fizik.Jadi, ini menunjukkan, dlm keaadan relax akan menjadikan otak kt ke arah gelombang alpha-theta di mana prestasi otak kt akan menjadi SANGAT maksimum. This is we called entering a genius condition.

semasa nak mengaktifkan power brain, anak akan belajar menutup mata menggunakan blindfold dan mereka akan belajar bagaimana utk masuk ke dalam keadaan meditasi utk dpt melihat dgn mata yg tertutup.. Actually blindfold ni adalah alat utk meningkatkan kuasa otak (power brain).Anak akan membaca dan mmbuat aktiviti dgn mata tertutup utk menguji sama ada proses kebangkitan super kebolehan ini telah berjaya dilakukan atau x..

Mcm mana nak tau yg Mid Brain anak telah diaktifkan??

Bila anak da boleh "lihat" dan "membaca" dlm keadaan mata tertutup tu da menunjukkn mid brain anak da diaktifkan..apb otak tgh da diaktifkan,potensi yg tersembunyi dlm diri anak akan ditunjukkan/dilepaskan satu demi satu..Jika otak anak dapat dilatih untuk memasuki keadaan ini, anak juga akan dapat melakukan kelajuan membaca (membaca buku, 1 halaman dalam 1 saat), bacadengan buku kedudukan terbalik! Jadi, keupayaan penutup mata, kelajuan membaca hafalan lebih cepat, dan penumpuan yang lebih baik boleh dicapai jika otak kita berjaya memasuki keadaan genius.

memula rasa mcm pelik je,tp sbb nayli da membuktikan yg die boleh mmbaca dan membuat aktiviti dlm keadaan ttp mata, baru la i is percaya... die juge blh pilih jawapan dgn tepat dan die boleh mewarna tanpa comot ..ko boleh mewarna tanpa melihat..hee, confirm comot la kn..Mahu tahu bagaimana?? kena pergi workshop 2 la..hee, ni aku just ceritakan serba sedikit apa yg aku faham..

Bagaimana anak boleh membaca dan membuat aktiviti degan mata yg tertutup???
Basically, caranya dgn mengurangkan gelombang otak turun ke gelombang alpha-theta, then otak anak akan dpt berfungsi secara optimum..Apb otak da berfungsi scr optimum,semua deria manusia akan berada pd top performance termasuk keupayaan gerak hati (intuition), Gerak hati adalah kemampuan manusia utk mendapatkan persepsi berhubung dgn semua perkara secara serta merta,tepat pada masanya atau keupayaan utk berfikir tanpa pemikiran jd anak blh melakukan activiti dgn mata yg tertutup..selain itu,

Di Smart IQ, mereka menggunakan gabungan 3 elemen iaitu Brain Training, Audio Visual Brainwave Technology and Dzikir in Islamic Meditation to awaken the powerful mind. Kalau pegi kat tempat lain, maybe pendekatannya berbeza sikit..kalau kat negara org putih sana, of coz dorang x gune zikir..hee

Then,apb otak tengah telah diaktifkan, anak perlu membuat latihan menggunakan blindfold di rumah selama lebih kurang 10 minit setiap hari ,boleh wat lebih tp x digalakkan lebih dari sejam..training ni kena wat selama 30 hari berturut..lepas 30 hari, anak akan attend assessment to test samada mereka boleh proceed to the next level or perlu continue training..pergh..

yg ni agak mencabar or blh dikatakan mencabar SANGAT la pada aku..haha..bila anak yg da ade power brain ni, sikap die akan berubah sikit, menjadi lebih sensitive..ni yg aku lalui sekarang..mmg la si nayli ni, asyik la merajuk..serius aku pening kepala melayan..haha..pas2 b4 nak wat training, ko kne make sure anak ko dlm keadaan tenang, xleh moody..bukan anak sahaja, mood aku pon kne ok, xleh pikir negative tntg anak..ko cube bayangkan, aku balik keje almost every day at 7.30pm-8.00pm..sampai uma da kelamkabut nak mandi n solat, pas2 terkejar lg nak menyusukan nayla..rase flat je badan..tp ttp kne think positif, supaya nayli x hilang mood, kena cakap elok2 ngan die..sbb nayli ni jenis kuat marah, ni salah satu sbb aku hntr die gi power brain, sbb nak btolkan masalah emosi x stabil die 2..heheh..


 Ni video nayli masa wat demo kat SMart IQ ritu..



bagi yg berminat utk tahu lebih lanjut tentang Power brain ni, blh la contact details di bawah:

012-2288284 / 012-2288095 / 03-87405052
2-1 & 2-2 Jalan Putra 2 Taman Putra Kajang 43000 Kajang Selangor Malaysia


1 comment:

trima kasih kerana meninggalkan jejak..=)