Monday, March 10, 2014

Kaitan ayat dlm surah yassin dgn kes kehilangan MH370

Pagi ni aku ada dpt info yg agak menarik utk dikongsi bersama..sbb smlm aku pon ade post pasal maksud ayat 41 surah yassin ni..

Jika ada lagi sebaran2 yg mengaitkan ayat2 dlm surah yasiin & kes pesawat MAS, ini penjelasan yg baik:

Maka berhubung dengan isu kehilangan pesawat MAS MH370 dan ayat dalam surah Yaasin ini sebenarnya tidak ada kaitan langsung kerana beberapa sebab seperti berikut:

1- Dalam bahasa arab perkataan “Fulk” adalah merujuk kepada kapal yang berlayar di atas air.
(Rujuk Kamus al-Wasit)
# Maknanya ia tidak merujuk kepada kapal yang berlayar di atas awan (kapal terbang).

2- Ayat ini juga merujuk kepada kapal Nabi Nuh a.s yang belayar ketika banjir yang amat dahsyat ditimpakan oleh Allah s.w.t ke atas ummat Nabi Nuh yang tidak beriman.
(Rujuk Tafsir at-Tobari dan Tafsir Ibnu Kathir)
# Maknanya di dalam ayat ini tidak berkait langsung dengan cerita pelayaran kapal terbang.

3- Perkataan “zurriyatuhum” dalam ayat ini pula ditafsirkan oleh ulama dengan dua pendapat:
-Keturunan kaum musyrikin Mekah (diungkit oleh Allah supaya mereka sedar)
-Keturunan yang terdahulu semasa zaman Nabi Nuh a.s. (Rujuk Tafsir Fathul Qadir)
# Maknanya tidak ada kaitan langsung tentang cerita-cerita yang terkemudian daripada zaman Nabi Nuh a.s untuk dikaitkan dengan ‘keturunan’ dalam ayat ini.

4- Bagaimana pula kaedah ulama tafsir yang disebut:
“ Ibrah (pengajaran dalam al-Quran) adalah diambil berdasar umumnya lafaz bukan khususnya sebab turun ayat .” Maka jika melihat kaedah ini bukankah ayat ini boleh juga kita guna pakai untuk kita hari ini yang bukan hanya tertakluk kepada zaman Nabi Nuh a.s?
# Jawapan: Kaedah yang digariskan oleh ulama tafsir ini adalah bermaksud untuk mengambil pengajaran BUKAN untuk menafsirkan keadaan yang berlaku berdasarkan ayat al-Quran.

Ustaz W.Md.Hazim Bin W.Md.Hashim al-Shoubrawy
(Imam Masjid Abidin (Masjid Negeri) Kuala Terengganu)
posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Perkongsian yang menarik. Sama-samalah kita doakan semoga segala misteri ni akan disingkap jua.

    Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.

    ReplyDelete

trima kasih kerana meninggalkan jejak..=)