Thursday, March 28, 2019

Kembara Guangzhou-Shenzhen: Day 2 - Window of the World

Boleh baca entry sebelum ni di SINI

Hari ke dua di Shenzhen

Kami meneruskan kembara ke Window of the World!!! Yay..tempat yg dinanti utk pergi..aku mmg suke tentang sejarah dunia..nak pi round the world belum ada rezeki lagi, dapat pi Window of the World Shenzhen ni pon da cukup puas hati la..:p

Kami naik train dr Shaibu Station ke Window of World, Exit J



bagi yang suka bergambar, mmg ni la tempatnya..laki aku sampai letih sbb aku asyik ajak bergambar..haha..

dah datang jauh2, kena la ambil gambar byk2 kn..;P

Sebelum masuk, beli tiket dulu yo! Harga tiket, 220 yuan/person , lebih kurang RM 134



ini dia map dalam WOW ni..luas kawasannya! lenguh la kaki kami melangkah..haha..


Taj Mahal!


tak ingat nama bangunan ni ;P


Cube teka nama waterfall ni??? 


Eiffel Im in Love yo!



kalau pegi bawa anak2 mesti best..tp apakan daya..mak aku tak bg bawa nayli dan nayla..kecik lagi katanya..mak aku tak percaya kami pergi anak beranak..haha..

bagi sesiapa yg nak pergi melawat Window of the World, make sure korang bawa bekal siap2 ye..dlm ni takde kedai makanan halal..aku bawa nasi goreng instant, tp dah tengahari, basi dah wey nasi tu..

mujur kami ada bawa maggie, pi la minta air panas kat stall yg ada dlm tu..boleh la buat alas perut daripada kelaparan..

nak habiskan pusing WOW, perlu seharian gak..aku masuk kol 9 pagi, habes round dlm kol 3 ptg..kalau korang nak stay smpai malam pon blh, dtg lewat sikit..malam lagi cantik..ada lampu2..

bersambung..

Sunday, March 24, 2019

Kembara Guangzhou-Shenzhen : Day 1 - Halal food di Dongmen Pedestrian Street

Boleh baca Entry sebelum ni di SINI


Lepas mandi segarkan badan, solat jamak siap2, laki aku pon da recharged energy dia..masa utk kami pi isi perut yg dah berkeroncong ni

Sebelum sampai Shenzhen, aku mmg jumpe 1 restaurant je yg blogger suggest berdekatan dengan hotel..jadi sgt berharap jgn la restoran tu tutup..sbb itu sahaja la harapan aku..kalau tak, kompem xtau mana lg nak mencari makanan halal kat area Dongmen ni

Kami masuk semula ke Shaibu Station, utk tembus ke Exit A1, kalau nak ke hotel, akan keluar kat Exit D3..Metro kat sini mmg ada banyak Exit, ko salah keluar exit, mmg ko boleh sesat barat la..

Dari Sahaibu Station,keluar dari Exit A1, jalan terus..akan ada nampak jejantas, just susur bawah jejantas tu..tak perlu naik ye..

Jalan terus lagi dan akan nampak Bank of China di sebelah kiri..maaf aku lupe nak amek gambo sebagai landmark..

kemudian akan jumpa Lee Garden Inn..terus lagi, akan jumpa Hua Jia Curtain Fabric Plaza di sebelah kiri



Susur je Hua Jia Curtain Fabric Plaza tu dan belok kiri ke Hubei Rd, restoran halal tu betul2 belakang plaza tu je,,mudah sgt nak cari..kompem tak sesat..

Nama kedai? tak dapat dikenalpasti,haha..dalam bahasa cina tu, aku pon tak faham..tu tertera logo halal kat pintu tu haa..kat depan pintu tu ada org buat mee tarik..



Nak order makanan senang je, ko pi nengok je gambar menu yg beso kat dinding tu..tunjuk la mana satu yg ko nak..kedai ni comel je..xbesar..




laki aku order nasi lauk daging...aku order dimsum je..potion makanan diorang blh utk 2 orang..so jgn tamak nak order banyak2 menu..kang tak terabih lak..

sedap wey..pastu banyak..jenuh nak menghabiskan


Perut kenyang, senang hati! barulah boleh pi jalan2 kat Dongmeng Pedestrian Street pula..

ok, xde entry khusus kat Dongmen Pedestrian Street ni, sbb pada aku indah khabar dari rupa..aku serius tak tau nak beli apa kat sini..just jalan2 kill time je,,kedai mmg berlambak, tp xkena ngan taste aku brg2 yg dijual tu..sedih..ingat nak shopping baju..takde yg menarik minat aku..

da bosan jalan, kita ambik gambo

nak dekat kol 6ptg, aku balik hotel, tertido sampai malam..haha,..lain macam penat sebb mlm sebelum tu tido gelandangan kat airport kn..esok pagi nya kami ke Window of the World ..itu la tujuan utama aku pi Shenzhen ni

Bersambung...

Saturday, March 23, 2019

Kembara Guangzhou-Shenzhen : Day 1

Sambungan daripada entry ni,------> Entry 1

Dari Baiyun Airport, kami naik metro ke Guangzhou Railway Station..perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih


bagi sesiapa yg nak ke Guangzhou-Shenzhen, aku suggest korang download apps Guangzhou/Shenzhen Metro..mudah sgt, sbb boleh tahu detail train ape yg ko nak naik dan beserta harga..then, print la siap2 metro map , xpon download kat hp..kena faham metro map ni, sebab ada byk line, mudah je nak faham, aku dah study dulu sebelum pergi, jadi kat sana smooth je..dah tau train apa nak naik, line mana satu..



kat Guangzhou South Railway Station ni, kena beli tiket High Speed Train ke Shenzhen..masa nak cari tempat beli tiket ni, terpusing2 gak la, sbb aku just berpandukan direction yg aku baca dlm blog..tak berapa nak tepat, pening sat..haha..pi tanya kat customer service pon tak mmbantu, sbb diorng xtau cakap English,,nangis la mcm ckp ngan ayam n itik..huhu


tempat beli tiket ni kat kaunter luar, bukan kat dalam ni..kalau nampak MCD ni..ko akan nmpak papan tanda atas tu tunjuk arah ke Kaunter Tickets 2..ko terus je ikut arah tu..kena keluar dr bangunan, kat pintu nak keluar tu, belok kanan..

bila da smpai kat kaunter Tickets 2, kami blur lagi...sebab semua tulisan dalam bahasa cina!!haha..kami pon xtau nak beratur kat mana..haha
pastu kami nampak 4 org gadis bertudung, i guess from malaysia gak..mmg betul , tapi diorang nak pi Macau..aku confident je beratur sekali ngan diorang..haha, naseb betul..



Tiket utk High Speed Train to Shenzhen ada 2 harga:

Business Class : 99.5 Yuan
Economy Class : 74.50 Yuan

masa pergi aku naik yg business class, balik naik economy, ermm, mcm sama je..mmbazir je amek business class tu..huhu..beza aku rasa, nek business class tempat ddk dua2, kalau economy, seat tiga2

ni seat business class

dari Guangzhou South Railway Station kami menuju je Shenzhen North Railway Station..perjalan ambil masa lebih kurang 30 minit, dengan kelajuan mencecah 300+ km/h..berdesup!! tapi ddk dlm train tu tak rasa laju pon..

Dari Shenzhen North Railway Station, kami terus menuju ke hotel..Kami stay di Color Inn Hotel, dekat ngan Dongmen Pedestrian Street

Masa interchange train, kami sempat la menapak gi Linhuashan Park..Gigih laki aku melayan bini nak pi park, kena angkut luggage turun naik tangga..haha..semata kerana bini nak amek gambar, bukti dah pi situ..haha



Sampai hotel, sesat barat nak pi cari Halal Restaurant..sebab direction yg aku ada dari Exit lain, tp memula laki aku kata nak pi hotel dulu, dah sampai hotel, eh nak pi makan dulu plak..padan muka! last2, check in hotel kol 12pm, dapat katil laki aku terus mmbuta! charge energy dulu katanya..

Next entry kt mencari halal food di area Dongmen Pedestrian Street pula ye..


Bersambung...

Kembara Guangzhou - Shenzhen


Assalamualaikum

Aku dan husband baru je balik dari Guangzhou..Ngah rajin ni meh le update blog yg dah bersawang ni..haha..sebab ada yg bertanya tentang itinerary aku ke sana, jadi aku merajinkan diri update blog ni ha..

Tiket aku ke Guangzhou pada 16 March 2018, pukul 8.10pm..kami pergi berdua je, anak2 tinggal ngan atok & neneknya..bukan tak nak bawa anak2, masa aku nak beli tiket dulu, mak aku yg bermatian tak bagi bawa cucu2 die..takut aku tak jaga anak betul2..haha

Kami gerak ke KLIA2 dari Seremban menaiki Komuter, berhenti kat Stesen Batang Benar Nilai, dari situ aku ambil Grab..charged RM 35..kalau naik grab dr Seremban RM 85..kedekut kn..haha...eh, selagi boleh jimat ;P

kami smpai awal, so lepak makan2 dulu kat sana..


nak dijadikan cerita, masa pergi tu aku tak bapa sihat, tekak sakit, dada sakit , batuk..sadissss
mujur la ada Essential Oils, mmg aku bawa bekalan EO yg blh guna utk respiratory problem

Peneman setia sepanjang di Guangzhou




ready to flyyyy

yey da sampai!!

kami touch down Baiyun Airport Guangzhou pada jam 12am..awal setengah jam..cuaca elok malam tu, smooth je masa dlm flight..cecah kaki kat airport je, aku terus rasa kaki crammed..sejuk! masalah org yg tahan sejuk mcm ni la..time tu jacket sume dalam luggage..menahan je la..



kat sini, pemeriksaan imigresen, kena scan jari..time aku ntah apa hal, mcm mesin tu takleh detect je..cuak gak..haha..lepas da settle amek luggage sume, kami cari port nak membuta! malam tu mmg kami jadi gelandangan je tidur kat Airport, sbb pagi2 buta sok terus nak ke Shenzhen..kat sini metro gerak start jam 6am..

Sebelum tido, kt selfie dulu..da pakai jacket tebal pon still sejuk gilak!


macam ni la gaya kami tido! tp tu bukan aku;P

Pengalaman tido kat airport, dgn suhu yg sejuk gilak, baring kat kerusi, adoi rasa nak patah pinggang wey..dada aku sakit gila, tekak sakit dan perit..rasa nak menangis wey..huhu..kol 5 pagi bangun wat milo ngan makan maggi..sbb kol 6pg terus nak naik metro ke Guangzhou South Railway Station, nak naik Bullet Train ke Shenzhen lak

bila time sejuk, lapar, maggie ni ko rasa lazat sangat la!



6 am, ready to go, walaupon time ni rasa ngantuk bangat!

Bermula la episod kami turun naik train selepas ni..sebelum naik train, kami singgah 7 Eleven dulu untuk beli "Yang Cheng Tong"..ala, mcm metro card, harga dia 95 Yuan, credit boleh guna 50 Yuan..sebenarnya aku musykil gak, dari blog2 yg aku baca sebelum ni, diorang beli dapat card, dengan harga 88 yuan je, time aku bukan dlm bentuk card, mcm keychain gitu, harga pon lg mahal..confuse sat, tp kerana masalah bahasa, aku tanya byk2 pon tukang jual tu xpaham..lantakkn je la,,bayar je..YCT ni boleh guna kat Guangzhou je, kat Shenzhen aku guna token je..



kalau korang ddk lama , better beli ni je, xbuang masa nak pi beli token kat auto machine setiap kali nak naik train..mcm aku , balik ada balance dlm 8 yuan lg..aku kat guangzhou 2hri je..kalau guna YCT ni tambang train murah sikit..


bersambung....