Aku dan husband baru je balik dari Guangzhou..Ngah rajin ni meh le update blog yg dah bersawang ni..haha..sebab ada yg bertanya tentang itinerary aku ke sana, jadi aku merajinkan diri update blog ni ha..
Tiket aku ke Guangzhou pada 16 March 2018, pukul 8.10pm..kami pergi berdua je, anak2 tinggal ngan atok & neneknya..bukan tak nak bawa anak2, masa aku nak beli tiket dulu, mak aku yg bermatian tak bagi bawa cucu2 die..takut aku tak jaga anak betul2..haha
Kami gerak ke KLIA2 dari Seremban menaiki Komuter, berhenti kat Stesen Batang Benar Nilai, dari situ aku ambil Grab..charged RM 35..kalau naik grab dr Seremban RM 85..kedekut kn..haha...eh, selagi boleh jimat ;P
kami smpai awal, so lepak makan2 dulu kat sana..
nak dijadikan cerita, masa pergi tu aku tak bapa sihat, tekak sakit, dada sakit , batuk..sadissss
mujur la ada Essential Oils, mmg aku bawa bekalan EO yg blh guna utk respiratory problem
Peneman setia sepanjang di Guangzhou |
ready to flyyyy
yey da sampai!! |
kami touch down Baiyun Airport Guangzhou pada jam 12am..awal setengah jam..cuaca elok malam tu, smooth je masa dlm flight..cecah kaki kat airport je, aku terus rasa kaki crammed..sejuk! masalah org yg tahan sejuk mcm ni la..time tu jacket sume dalam luggage..menahan je la..
kat sini, pemeriksaan imigresen, kena scan jari..time aku ntah apa hal, mcm mesin tu takleh detect je..cuak gak..haha..lepas da settle amek luggage sume, kami cari port nak membuta! malam tu mmg kami jadi gelandangan je tidur kat Airport, sbb pagi2 buta sok terus nak ke Shenzhen..kat sini metro gerak start jam 6am..
Sebelum tido, kt selfie dulu..da pakai jacket tebal pon still sejuk gilak! |
macam ni la gaya kami tido! tp tu bukan aku;P |
Pengalaman tido kat airport, dgn suhu yg sejuk gilak, baring kat kerusi, adoi rasa nak patah pinggang wey..dada aku sakit gila, tekak sakit dan perit..rasa nak menangis wey..huhu..kol 5 pagi bangun wat milo ngan makan maggi..sbb kol 6pg terus nak naik metro ke Guangzhou South Railway Station, nak naik Bullet Train ke Shenzhen lak
bila time sejuk, lapar, maggie ni ko rasa lazat sangat la! |
6 am, ready to go, walaupon time ni rasa ngantuk bangat! |
Bermula la episod kami turun naik train selepas ni..sebelum naik train, kami singgah 7 Eleven dulu untuk beli "Yang Cheng Tong"..ala, mcm metro card, harga dia 95 Yuan, credit boleh guna 50 Yuan..sebenarnya aku musykil gak, dari blog2 yg aku baca sebelum ni, diorang beli dapat card, dengan harga 88 yuan je, time aku bukan dlm bentuk card, mcm keychain gitu, harga pon lg mahal..confuse sat, tp kerana masalah bahasa, aku tanya byk2 pon tukang jual tu xpaham..lantakkn je la,,bayar je..YCT ni boleh guna kat Guangzhou je, kat Shenzhen aku guna token je..
kalau korang ddk lama , better beli ni je, xbuang masa nak pi beli token kat auto machine setiap kali nak naik train..mcm aku , balik ada balance dlm 8 yuan lg..aku kat guangzhou 2hri je..kalau guna YCT ni tambang train murah sikit..
kalau korang ddk lama , better beli ni je, xbuang masa nak pi beli token kat auto machine setiap kali nak naik train..mcm aku , balik ada balance dlm 8 yuan lg..aku kat guangzhou 2hri je..kalau guna YCT ni tambang train murah sikit..
bersambung....
No comments:
Post a Comment
trima kasih kerana meninggalkan jejak..=)