Sunday, March 24, 2019

Kembara Guangzhou-Shenzhen : Day 1 - Halal food di Dongmen Pedestrian Street

Boleh baca Entry sebelum ni di SINI


Lepas mandi segarkan badan, solat jamak siap2, laki aku pon da recharged energy dia..masa utk kami pi isi perut yg dah berkeroncong ni

Sebelum sampai Shenzhen, aku mmg jumpe 1 restaurant je yg blogger suggest berdekatan dengan hotel..jadi sgt berharap jgn la restoran tu tutup..sbb itu sahaja la harapan aku..kalau tak, kompem xtau mana lg nak mencari makanan halal kat area Dongmen ni

Kami masuk semula ke Shaibu Station, utk tembus ke Exit A1, kalau nak ke hotel, akan keluar kat Exit D3..Metro kat sini mmg ada banyak Exit, ko salah keluar exit, mmg ko boleh sesat barat la..

Dari Sahaibu Station,keluar dari Exit A1, jalan terus..akan ada nampak jejantas, just susur bawah jejantas tu..tak perlu naik ye..

Jalan terus lagi dan akan nampak Bank of China di sebelah kiri..maaf aku lupe nak amek gambo sebagai landmark..

kemudian akan jumpa Lee Garden Inn..terus lagi, akan jumpa Hua Jia Curtain Fabric Plaza di sebelah kiri



Susur je Hua Jia Curtain Fabric Plaza tu dan belok kiri ke Hubei Rd, restoran halal tu betul2 belakang plaza tu je,,mudah sgt nak cari..kompem tak sesat..

Nama kedai? tak dapat dikenalpasti,haha..dalam bahasa cina tu, aku pon tak faham..tu tertera logo halal kat pintu tu haa..kat depan pintu tu ada org buat mee tarik..



Nak order makanan senang je, ko pi nengok je gambar menu yg beso kat dinding tu..tunjuk la mana satu yg ko nak..kedai ni comel je..xbesar..




laki aku order nasi lauk daging...aku order dimsum je..potion makanan diorang blh utk 2 orang..so jgn tamak nak order banyak2 menu..kang tak terabih lak..

sedap wey..pastu banyak..jenuh nak menghabiskan


Perut kenyang, senang hati! barulah boleh pi jalan2 kat Dongmeng Pedestrian Street pula..

ok, xde entry khusus kat Dongmen Pedestrian Street ni, sbb pada aku indah khabar dari rupa..aku serius tak tau nak beli apa kat sini..just jalan2 kill time je,,kedai mmg berlambak, tp xkena ngan taste aku brg2 yg dijual tu..sedih..ingat nak shopping baju..takde yg menarik minat aku..

da bosan jalan, kita ambik gambo

nak dekat kol 6ptg, aku balik hotel, tertido sampai malam..haha,..lain macam penat sebb mlm sebelum tu tido gelandangan kat airport kn..esok pagi nya kami ke Window of the World ..itu la tujuan utama aku pi Shenzhen ni

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

trima kasih kerana meninggalkan jejak..=)